Pengenalan
Isipadu Cecair merupakan salah satu tajuk kemahiran matematik yang terdapat dalam sukatan pelajaran matematik tahun 2. Dalam tajuk ini, murid-murid sepatutnya dapat :
1) Memahami dan menggunakan kosa kata yang berkaitan dengan Isipadu Cecair.
2) Mengukur dan membezakan Isipadu Cecair dengan menggunakan pengukuran-pengukuran bukan piawai bagi Isipadu Cecair.
3) Mengukur dan membezakan Isipadu Cecair dengan menggunakan pengukuran-pengukuran piawai bagi Isipadu Cecair.
Namun begitu, dalam memperkenalkan konsep dan memberi kefahaman kepada murid-murid tentang tajuk Isipadu Cecair ini, guru perlu berhati-hati kerana terdapat sebahagian murid yang mempunyai persepsi yang salah tentang konsep isipadu cecair. Apabila membuat perbandingan antara 2 bekas yang mengandungi kapasiti yang berbeza, murid akan membanding dari segi saiz bekas berbanding kapasiti yang terdapat dalam bekas-bekas tersebut. Contohnya, murid akan memilih bekas yang lebih tinggi adalah lebih banyak isi berbanding bekas yang rendah sedangkan yang sebenarnya bekas yang rendah itu mempunyai kapasiti yang lebih banyak berbanding bekas yang tinggi. Oleh itu adalah lebih baik sekiranya untuk menilai perbezaan kapasiti ini dibuat dengan menggunakan perbandingan langsung iaitu dengan menggunakan beberapa bekas pengukur tanpa menggunakan ukuran piawai atau pun bekas-bekas pengukur dengan menggunakan ukuran piawai.
Selain itu, adalah dilihat dengan lebih mudah untuk membina konsep cecair kepada murid-murid dengan membuat pengukuran cecair menggunakan bekas-bekas pengukur tanpa ukuran piawai seperti gelas, jug, botol dan sebagainya. Ini adalah kerana :
1. Bahan- bahan ini mudah untuk di perolehi.
2. Ia mudah ditemui dan sering digunakan oleh murid dalam kehidupan seharian mereka.
3. Unit-unit ukuran bukan piawai lebih mudah digunakan.
4. Murid-murid mempunyai asas untuk menggunkan bekas-bekas tersebut.
Selain dari itu, bagi menggelakkan perkara ini dari terus berlaku, pemilihan bahan-bahan pengajaran dan juga aktiviti pengajaran guru perlu dirancang dengan teliti agar murid-murid tidak terus tersalah konsep dalam memahami tajuk Isipadu Cecair.
A) Aktiviti Pengajaran Bagi Murid Cerdas Dan Murid Lemah
Aktiviti 1:
Hasil Pembelajaran : Dapat menyukat Isipadu Cecair dengan menggunakan unit-unit bukan piawai.
Sasaran : Murid-murid lemah
Bahan Pembelajaran : Pelbagai bekas berlainan saiz seperti gelas plastik, jug, teko, botol dan baldi.( Bahan-bahan bukan menggunakan unit piawai )
Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran :
Set induksi : Soal jawab guru dengan murid-murid berkenaan dengan bekas-bekas yang ditunjukkan :
a) Pernahkah kamu melihat bekas-bekas seperti ini ?
b) Apakah yang selalunya di isi kedalam bekas-bekas tersebut ?
c) Mengapakah bekas-bekas ini berbeza saiz dan bentuk ?1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang sama banyak ahlinya.
2. Seorang ahli bagi setiap kumpulan dilantik sebagai perekod setiap aktiviti kumpulan.
3. Setiap kumpulan diberikan beberapa bekas berlainan saiz seperti gelas plastik, jug, teko, botol dan baldi.
4. Setiap kumpulan mengisi baldi kumpulan mereka dengan kuantiti air yang sama banyak.
5. Setiap kumpulan membuat anggaran bilangan gelas plastik yang diperlukan untuk mengisi kesemua kuantiti air yang terdapat dalam baldi.
6. Setiap kumpulan membuat anggaran bilangan botol yang diperlukan untuk mengisi kesemua kuantiti air yang terdapat dalam baldi.
7. Setiap kumpulan membuat anggaran bilangan teko yang diperlukan untuk mengisi kesemua kuantiti air yang terdapat dalam baldi.
8. Setiap kumpulan membuat anggaran bilangan jug yang diperlukan untuk mengisi kesemua kuantiti air yang terdapat dalam baldi.
9. Setiap kumpulan merekodkan anggaran mereka.
10. Setiap kumpulan mengukur sukatan air dalam baldi dengan menggunakan gelas plastik, botol, jug dan teko.
11. Setiap kumpulan merekodkan ukuran sukatan dengan menggunakan bahan bukan menggunakan ukuran piawai dalam jadual seperti dibawah :
Bekas | Alat penyukat | Anggaran | Bilangan sebenar |
Baldi | Gelas Plastik | ||
Botol | |||
Jug | |||
Teko |
12. Murid menulis penemuan mereka dalam bentuk pernyataan seperti :
a) Isipadu air dalam baldi adalah sama dengan kapasiti ________ gelas plastik.
b) Isipadu air dalam baldi adalah sama dengan kapasiti ________ botol.
c) Isipadu air dalam baldi adalah sama dengan kapasiti ________ jug.
d) Isipadu air dalam baldi adalah sama dengan kapasiti ________ teko.
13. Murid berbincang mengenai keempat-empat bekas tersebut, yang mana satu mempunyai kapasiti yang paling kecil dan yang paling besar.
14. Setiap kumpulan menyusun bekas-bekas tersebut mengikut kapasiti daripada yang paling sedikit kepada yang paling banyak.
15. Guru membuat kesimpulan bahawa setiap bekas mempunyai kapasiti yang berbeza. Oleh itu ia bilangan yang berlainan apabila mengukur kapasiti bagi sebuah baldi yang sama.
Aktiviti 2
Hasil Pembelajaran : Membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan pengukuran piawai.
Sasaran : Murid-murid cerdas
Bahan-bahan : Silinder penyukat 100 ml (A), bikar penyukat 200 ml (B),
bikar penyukat 250 ml (C), bikar penyukat 500 ml (D), Baldi (E).
Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran :
Set Induksi :
- Guru menunjukkan bekas-bekas mengukur isipadu cecair dalam pengukuran piawai.
- Soal jawab guru dengan murid tentang bekas-bekas yang ditunjukkan:
a) Pernahkah kamu melihat bekas-bekas ini ?
b) Apakah gunanya bekas-bekas ini ?
c) Sila nyatakan ukuran atau kapasiti bagi setiap bekas tersebut ?1) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai bilangan ahli yang sama banyak.
2) Setiap kumpulan diberikan silinder penyukat, bikar-bikar penyukat dan baldi.
3) Seorang murid daripada setiap kumpulan dilantik sebagai pencatat bagi merekodkan hasil kerja kumpulan.
4) Setiap kumpulan menggisi baldi dengan air sebanyak 2 liter.
5) Setiap kumpulan membuat anggaran bilangan bagi silinder penyukat 100 ml, bikar 200 ml, bikar 250 ml dan bikar 500 ml yang boleh di isi dengan kapasiti air di dalam baldi.
6) Setiap kumpulan mengukur kapasiti air dalam baldi dengan bilangan silinder penyukat 100 ml yang diperlukan.
7) Ulangan perlakuan di nombor 6 dengan menggunakan bekas-bekas yang lain.
8) Setiap kumpulan mencatatkan dapatan kerja mereka dalam jadual seperti di bawah :
Bekas | Alat penyukat | Anggaran | Bilangan sebenar |
Baldi ( 2 liter ) | Silinder penyukat 100ml | ||
Bikar penyukat 200 ml | |||
Bikar penyukat 250 ml | |||
Bikar penyukat 500 ml |
9) Murid berbincang dan membanding beza kapasiti bagi setiap bekas.
a) _______ silinder penyukat 100ml adalah sama dengan kapasiti sebuah baldi 2 liter.
b) _______ bikar penyukat 200ml adalah sama dengan kapasiti sebuah baldi 2 liter.
c) _______ bikar penyukat 250ml adalah sama dengan kapasiti sebuah baldi 2 liter.
d) _______ bikar penyukat 500ml adalah sama dengan kapasiti sebuah baldi 2 liter.
10) Murid menentukan bekas yang mempunyai kapasiti yang kurang dan yang mempunyai kapasiti yang banyak.
11) Setiap kumpulan menyusun bekas-bekas mengikut kapasiti isipadu cecair secara turutan menaik.
12) Guru membuat penegasan kepada murid bahawa setiap bekas yang berlainan sukatan mempunyai kandungan kapasiti yang berbeza.
No comments:
Post a Comment